4.5.09

Melaka, Bandar Raya Warisan Dunia - UNESCO


Utusan Malaysia, 3 Disember 2008





Melaka, George Town Warisan Dunia





Melaka, Georgetown diiktiraf

Pencapaian Sains dan Teknologi Malaysia

Internet


Internet merupakan satu jaringan maklumat utama bagi semua peringkat masyarakat tidak kira tua ataupun muda. Ia dapat digunakan dengan mudah dan maklumat yang dicari dapat diperolehi dengan hanya se'klik' pada kekunci tetikus.


Maklumat yang terdapat di dalam internet juga amat banyak tidak terkata. pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan menaip pada 'search enjin' yang terkemuka . Contohnya, www.yahoo.com , www.altavista.com , www.cari.com.my dan banyak lagi.


Dengan adanya internet kesemua urusan jual beli sama ada dalam negara sendiri ataupun antarabangsa dapat dilakukan dengan cepat tidak kira dimana . Ia bagaikan dunia ini telah dikecilkan apabila wujudnya internet. baru-baru ini Malaysia juga telah di gemparkan dengan wujudnya k-ekonomi, e-kerajaan , e-dagang dan lain-lain lagi. Ini semua merupakan kesan daripada penggunaan teknologi maklumat ataupun IT. Penggunaan IT secara meluas juga membolehkan dunia yang luas dihubungkan dalam satu rangkaian iaitu rangkaian IT. Ini sekali gus merapatkan lagi hubungan di antara pelbagai bangsa di dunia yang boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita.



Kenderaan Nasional


Kereta Kebangsaan


Mungkin ia merupakan satu simbol yang agak ganjil. Tetapi, ia amat bermakna bagi penduduk Malaysia.Ia melambangkan keazaman rakyat Malaysia untuk menukarkankan status daripada komoditi pengeluar utama kepada satu negara industri. Projek ini buat pertama kalinya diumumkan pada tahun 1982 dan menjadi satu kenyataan pada bulan September 1985.


Kenderaan pertama yang telah dikeluarkan oleh negara Malaysia ialah Proton. Ia merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan bagi rakyat Malaysia. Ia juga telah mencatat sejarah bagi negara Malaysia. Dengan wujudnya Proton , ia sekaligus telah mengharumkan nama negara Malaysia.


Malaysia kini terkenal dimata dunia. Kereta-kereta ini telah dieksport ke negara-negara asing. Proton telah membantu negara Malaysia membangun menjadi sebuah negara industri. Status ekonomi Malaysia juga menjadi stabil dan disinilah Malaysia merasai saat-saat kegemilangannya.


Setelah beberapa tahun kemudian, muncul pula kenderaan keluaran Malaysia yang kedua iaitu PERODUA. Dengan keluarnya kenderaan ini ia juga berjaya menarik minat para pedagang luar.


Setelah melihat usaha ini berjaya, maka pihak kerajaan Malaysia bertindak untuk mengeluarkan berbagai jenis model lagi untuk menarik perhatian rakyat malaysia agar menggunakan kenderaan keluaran negara sendiri. Selain itu , ia juga dapat menimbulkan daya saing yang tinggi antara syarikat pengeluar kereta tempatan seterusnya meningkatkan lagi kualiti dan mutu keluaran negara.





INFRASTRUKTUR



Pembangunan negara yang pesat membangun telah membuka peluang kepada negara untuk membina pelbagai infrastruktur yang bertaraf dunia. Segala kelengkapan dalam setiap infrastruktur yang dibina merupakan yang tercanggih dunia. Dari bangunan pencakar langit hingga ke litar lumba kereta formula satu, segalanya adalah dibina untuk mengejar wawasan sebuah negara membangun, iaitu Malaysia dan untuk rakyatnya.


Bermula dengan impian membina sebuah kawasan yang berasaskan Teknologi Maklumat. Sebagai langkah pertama, Malaysia telah membina Multimedia Super Koridor (MSC). Kawasan yang diliputi oleh MSC adalah selebar 15 kilometer dan sepanjang 50 kilometer. Bermula dari KLCC hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Multimedia Super Koridor telah dirasmikan pada 27 Jun 1998. Dua “Bandar Pintar” telah dibina dalam likungan kawasan tersebut, iaitu Putrajaya – pusat pentadbiran negara dan Cyberjaya – pusat perindustrian multimedia, pusat penyelidikan dan pembangunan dan sebuah universiti.


Sebuah lagi impian negara yang menjadi kenyataan ialah pembinaan mercu tanda kebanggaan - Menara Kuala Lumpur. Kombinasi daya inovasi yang tinggi dalam bidang perniagaan, hiburan dan pusat telekomunikasi yang berteknologi tinggi. Tersergam megah di Bukit Nanas, Menara Kuala Lumpur merupakan pencapaian tertinggi dalam pembangunan negara di tengah-tengah kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur. Kedudukan Menara Kuala Lumpur sebagai pusat telekomunikasi dan penyiaran multimedia yang tertinggi dia Asia Tenggara telah merubah secara keseluruhannya cara hidup masyarakat Malaysia dalam menuju ke alaf baru.


Penglibatan negara dalam perlumbaan formula satu merupakan satu kebanggaan kepada rakyat. Kejayaan menganjurkan perlumbaan bertaraf dunia menjadi realiti apabila Litar Formula Satu di Sepang berjaya disiapkan pada November 1998 dengan kos perbelanjaan sebanyak US$120 juta. Litar sepanjang 5.542 kilometer terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 15 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Litar ini yang dilengkapi dengan kelengkapan yang berteknologi tinggi merupakan litar yang tercanggih di dunia. Selain dari perlumbaan Formula Satu, Litar Sepang juga dapat dijadikan sebagai litar perlumbaan Motosikal Grand Prix Dunia.

Dengan adanya pelbagai infrastruktur yang berteknologi tinggi, negara ini akan terus maju dan membangun. Malah mencapai cita-cita Perdana Menteri kita iaitu Wawasan 2020.


Pencapaian Sukan Malaysia

Pencapaian Negara


Kejayaan Malaysia dalam pelbagai arena sukan telah banyak menaikkan nama negara di persada dunia. Tidak kira diperingkat mana sekali pun, tempatan atau antarabangasa, atlit-atlit negara telah berusaha terus menerus dengan penuh keazaman dan ketabahan dalam mengharumkan nama negara. Dalam sedekad yang lampau, pelbagai kejayaan telah dicapai, dalam pelbagai arena.


Badminton adalah antara sukan yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Keluarga Sidek dalam arena sukan tanahair bukan sekadar titian menonjolkan imej negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta-juta ringgit. Kemunculan Misbun dan adik-adiknya mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong kepada keberanian Kumpulan Pengurusan Antarabangsa (IMG) menerokai bidang badminton di Malaysia.


Imbasan detik kegemilangan 1992 tetap terpahat di benak fikiran pencinta badminton negara apabila melihat Piala Thomas direbut kembali di bumi sendiri dengan menamatkan kemarau suku abad. Walaupun piala itu hanya bertahan 24 bulan di bumi ini sebelum menyeberang Selat Melaka, namun kenangan sambutan orang ramai yang sanggup bermandi peluh ketika berpusu-pusu menyentuh piala kebanggaan itu yang diarak ke seluruh pelosok negara, masih jelas terbayang.


Lain pula dengan arena sepak takraw. Walaupun dalam arena ini, pencapaian pasukan negara tidak memberangsangkan, namun kejayaan memungut pingat emas pada Sukan Asia di Hiroshima, menjadi azimat apit kanan negara, Zabidi Sharif, 26, untuk terus mempertahankan pingat itu walaupun menyedari musuh tradisi, Thailand bakal menjadi penghalang. Penantian berkurun lama akhirnya sepak takraw mendapat pengiktirafan negara dengan regu emasnya di Sukan Asia Hiroshima dianugerahkan Olimpian 1994. Mungkin beberapa pihak mempertikaikan anugerah itu memandangkan sepak takraw belum melebarkan sayapnya menuju global, tetapi pengiktirafan itu adalah sebagai satu evolusi yang mencerminkan sukan tradisi itu mula membuka mata peminat dunia


Dalam pelbagai arena yang lain pula seperti boling dan skuasy. Atlit-atlit negara telah banyak mencapai kejayaan dalam pelbagai temasya, sekaligus mempertingkatan martabat negara dalam arena sukan di peringkat antarabangsa. Seharusnya kejayaan atlit-atlit negara diberi pengiktirafan yang sewajarnya, agar dapat memberikan semangat kepada atlit-atlit negara yang lain dalam mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa.



Pencapaian Sukan Antarabangsa


Pencapaian negara dalam arena sukan dan pembangunan negara yang pesat telah membuka peluang kepada negara untuk menganjurkan pelbagai temasya sukan, seperti sukan Komanwel 1998. Setelah dua bulan, pasukan Badminton Malaysia berjaya mengembalikan Piala Thomas ke pangkuan kita. Pada 21 Julai 1992, kita berjaya pula mendapat kepercayaan negara Komanwel untuk mengadakan sukan berkenaan di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Semua ini adalah kejayaan kita. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan perkembangan ini. Tentulah ada sesuatu yang istimewa yang menarik perhatian negara Komanwel mengenai pencapaian Malaysia menyebabkan mereka mengundi menyokong kita menjadi tuan rumah sukan itu. Sebagaimana yang diucapkan oleh Datuk Alex Lee, selaku Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia di Barcelona, "mesej yang kita sampaikan ialah jika tawaran Malaysia untuk menjadi tuan rumah ditolak, maka negara Dunia Ketiga yang mana serta negara membangun mana pula yang mungkin boleh".


Kejayaan Malaysia menduduki tempat keempat di temasya Kuala Lumpur '98- Sukan Komanwel XVI (KL '98) adalah sesuatu yang sungguh membanggakan, malah memeranjatkan pengkritik. Siapa sangka atlit Malaysia berupaya mencatat kejayaan di luar jangkaan pegawai sukan sendiri. Pencapaian 10 pingat emas, 14 perak, 12 gangsa di belakang juara keseluruhan Australia, 80-61-58; England, 36-47-53 dan Kanada 30-31-38 dianggap prestasi terbaik dalam sejarah penyertaan negara. Pada Sukan Komanwel di Victoria '94, Kanada, kita hanya menduduki tempat ke-13 dengan dua emas, satu perak dan dua gangsa. Lebih manis lagi pencapaian itu melepasi ramalan yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), sebelum temasya sukan setiap empat tahun itu bermula.


Kemajuan infrastruktur negara telah sekali lagi memberi peluang kepada negara untuk menganjurkan pelbagai temasya sukan yang lain. Wawasan Perdana Menteri untuk membina sebuah litar lumba formula satu di Sepang, pada mulanya telah mendapat pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak. Namun, setelah terbinanya Litar F1 Sepang, Malaysia telah berjaya dengan julung-julung kalinya mengadakan perlumbaan Formula Satu pada bulan November 1998. Selain daripada itu, di Litar F1 Sepang juga, Malaysia telah menganjurkan perlumbaan Motosikal Grand Prix Dunia.


Tidak cukup dengan itu, kini Malaysia adalah diantara calon-calon yang akan dipilih sebagai tuan rumah bagi temasya Sukan Asia 2006. Dengan kelengkapan dan infrastruktur yang tercanggih, tidak hairanlah jika negara kita terpilih sebagai tuan rumah. Pengiktirafan sebegini seharusnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Kejayaan yang akan ditempa oleh atlit-atlit negara pada masa depan perlulah disertakan keazaman dan ketabahan yang kental agar digeruni dan dihormati semua di peringkat antarabangsa.

Pencapaian Pertanian Malaysia

MOA

Kementerian Pertanian wujud sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian (termasuk perikanan dan ternakan) pada tahun 1978. Terdahulunya semua urusan atau aktiviti pertanian dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Pertanian sejak tahun 1905.

Selepas pembentukan kabinet pada 27 Mac 2004, Kementerian Pertanian telah bertukar kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Dengan struktur organisasi yang mantap, MOA bersama sebelas (11) Jabatan dan agensi di bawahnya iaitu Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Bank Pertanian Malaysia (BPM), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), menggembleng seluruh pemikiran dan tenaga organisasinya secara terancang dan bersepadu untuk merealisasikan visi nya sebagai “Peneraju Transformasi Pertanian’ dan ke arah pencapaian matlamat utama Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan Rancangan Malaysia ke Sembilan.

Untuk melihat pencapaian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dengan lebih lanjut , sila klik di sini.

KPPK

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia – KPPK (dulunya dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Utama) ditubuhkan pada Mac 2004 adalah bertanggungjawab terhadap pembangunan sektor komoditi utama negara.

Sektor perusahaan perladangan dan komoditi merangkumi penanaman dan penghasilan minyak sawit, getah, kayu, koko lada dan tembakau. Pada tahun 2006, nilai eksport bagi komoditi dan produk berasaskan komoditi adalah RM76.50 billion, menyumbang 12.91 peratus kepada jumlah eksport Malaysia bagi tahun berkenaan. Sektor ini telah menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Sektor perusahaan perladangan dan komoditi terus berkembang menjadi sektor yang dinamik, kukuh dan menjadi sektor asas kepada kekukuhan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ia turut menyumbang kepada Produk Berasaskan Domestik (GDP), sektor pekerjaan dan pendapatan eksport serta meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

Selain daripada itu, sektor ini juga memberikan banyak peluang dan telah berkembang bermula daripada proses pengeksportan bahan mentah kepada penghasilan barangan separuh siap, barang telah diproses dan barang siap, di samping menghasilkan lebih produk nilai tambah bagi meningkatkan pasaran.

MAHA 2006

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2006 (MAHA 2006) merupakan pameran pertanian yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang, Selangor. Lebih 100 jenis orkid dipamerkan pada pameran pertanian itu termasuk dua spesies hibrid orkid baru yang akan dilancarkan iaitu Dendrobium Abdullah Badawi dan Ascorahnis Datuk Seri Najib. Kerajaan Malaysia akan menarik lebih banyak penyertaan sektor pertanian berteknologi tinggi dari luar negara pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 yang bakal dilengkapkan dengan tapak dan dewan ekspo yang lebih luas dan canggih.

FELDA

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Skim-skim FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.

FELCRA

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan. FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang.

MARDI

Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) telah diluluskan penubuhannya oleh Parlimen pada tahun 1969. MARDI ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan megiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan, dengan itu memodenkan sektor pertanian selain meningkatkan pulangan petani. Akta Parliament 1969 membuka jalan untuk penubuhan MARDI pada 28 Oktober pada tahun yang sama. Akta MARDI membenarkan MARDI berfunsi secara bebas bagi menggalakkan penyelidikan produktiviti. MARDI mula beroperasi pada tahun 1971.

MPOB

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) adalah sebuah agensi utama kerajaan yang dipertanggunjawabkan meneraju dan membangunkan industri sawit negara. MPOB berperanan penting dalam mewujudkan objektif, polisi dan keutamaan negara bagi memastikan perkembangan industri ini dengan sempurna dan teratur.

MPOB mempunyai pelbagai kemudahan penyelidikan terdapat di ibu pejabat MPOB dan di luar kompleks penyelidikan di Bangi seperti Pusat Teknologi Minyak dan Lelemak, Pusat Kemajuan Bioteknologi dan Biakbaka, Pusat Maklumat Sawit, Loji Rintis Penggorengan, Loji Rintis Biodiesel, Loji Rintis Alpha SME dan Loji Rintis ‘High Oleic’. Bahagian Penyelidikan Teknologi Oleokimia, Pusat Kejenteraan Ladang, Pusat Teknologi Biojisim, Pusat Teknologi Metharizium dan Pusat Teknologi Kilang Sawit.

Pelbagai penemuan teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan termasuk bahan tanaman, penjenteraan ladang, integrasi tanaman dan ternakan, kawalan serangga dan penyakit, kegunaan makanan dan bukan makanan, pengilangan dan pemprosesan, penggunaan biojisim dan biodiesel.

RISDA

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ataupun RISDA - Rubber Industry Smallholders Development Authority, adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973.

Dengan pelancaran RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara.

Pencapaian Perkhidmatan Malaysia

DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA

Diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri pada tahun 1983, Dasar Persyarikatan Malaysia merupakan pendekatan asas pembangunan negara. Ia adalah suatu sistem kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta ke arah mewujudkan satu syarikat Malaysia bagi mencapai kemajuan dimana keuntungan yang didapati akan dikongsi bersama.

BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

Pada pertengahan April 1982, Y.A.B. Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah sebagai satu dasar yang menjadi amalan kepada semua di negara ini. Konsep ini adalah selaras dan sebagai asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan pada 19hb. Mac,1983.

Objektif utama dasar ini adalah bagi mengujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkat hasil (productivity) dan mutu kerja dan meningkatkan semangat atau motivasi pekerja seiring dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan.

SOGOSHOSHA MALAYSIA

Sogoshosha atau syarikat perdagangan am adalah satu konsep yang diperkenalkan di negara Jepun. Untuk mencapai taraf sogoshosha, sesebuah syarikat perdagangan mestilah memenuhi tiga ciri penting iaitu mempunyai rangkaian antarabangsa, mengendali barang dagangan yang banyak dan memainkan peranan utama di bidang perdagangan luar.

Di negara Jepun 'Sogoshosha' adalah merupakan satu panggilan/title yang diberikan kepada beberapa syarikat perdagangan am yang terkenal yang telah mencapai pusingan sebanyak US$20 billion setahun. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa peranan yang dimainkan oleh sogoshosha telah diiktirafkan sebagai satu dari sebab-sebab negara berkenaan mencapai kejayaan yang cemerlang di bidang perdagangan luar.

Pengalaman negara tersebut telah memberi inspirasi kepada beberapa buah negara membangun termasuk Malaysia, untuk menubuhkan sogoshosha masing-masing sebagai institusi bagi memajukan eksport mereka.

DASAR PERTANIAN NEGARA

Matlamat Dasar Pertanian Negara adalah memaksimakan pendapatan daripada pertanian melalui penggunaan sumber-sumber negara dengan cekap dan mempergiatkan semula sumbangan sektor pertanian kepada pembangunan ekonomi negara keseluruhannya.

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN

Rasional Kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia: "Dalam usaha untuk memelihara maruah Warganegara Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu identiti yang kukuh. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai nilai kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi mangsa kepada bangsa lain yang sentiasa berusaha mengembangkan nilai-nilainya dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai bangsa yang tidak mempunyai nilai-nilai yang kukuh."

DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI

Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Menurut Wawasan 2020, hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh dicapai dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan.

Kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) adalah cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber S&T yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat "menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan."

Matlamat meningkatkan keupayaan S&T berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu "ekonomi yang cekap teknologinya mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih."

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

Penggubalan Dasar Perindustrian Negara melambangkan keazaman kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara.

Antara objektif dasar perindustrian negara adalah menjadikan sektor perkilangan sebagai pertumbuhan perindustrian negara & ekonomi keseluruhannya. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber-sumber asli negara dan meninggikan tahap penyelidikan & pembangunan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.

DASAR WANITA NEGARA

Wanita terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia. Sumbangan mereka sama ada sebagai isteri, ibu serta pekerja yang mempunyai gaji, di dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama di dalam pembentukan generasi akan datang malah melupakan sumber ekonomi yang penting.

Buat masa ini, mereka merupakan satu pertiga daripada jumlah tenaga buruh. Dari segi penyertaan buruh, penyertaan wanita meningkat dari 37.2 peratus dalam tahun 1970 kepada 46.7 peratus dalam tahun 1990. Di sektor luar bandar dan pertanian, wanita terus merupakan faktor penting. Gunatenaga wanita juga telah bertambah dengan banyaknya di dalam sektor pembuatan terutamanya dalam sektor tekstail dan elektronik.

Di sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan masyarakat, sosial, persendirian serta sektor awam, penyertaan wanita juga kian meningkat. Wanita juga telah lama memainkan peranan yang aktif di bidang politik negara. Mereka merupakan kumpulan pengundi yang kuat dan sering memainkan peranan sebagai penarik pengundi.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

WAWASAN 2020

Wawasan 2020 merupakan satu matlamat pembangunan negara dan wawasan srategik jangka panjang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri dan negara yang maju menurut acuan sendiri.

Ia merangkumi kemajuan dari segi ekonomi, politik, sosial, rohani, budaya dan seterusnya mewujudkan masyarakat Malaysia yang dinamik dan berdaya saing agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dunia sejagat.

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Pada tahun 2006, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bekerjasama rapat dengan NGO melalui konsep perkongsian bijak. Pihak NGO akan diperuntukkan bantuan kewangan untuk menjalankan program-program seperti literasi undang-undang, latihan kemahiran, kempen kesedaran dan sebagainya.

Pada tahun 2005, sebanyak RM 2.9 juta telah diagihkan kepada NGO dan RM 4.4 juta kepada Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri (MPWKN) untuk melaksanakan program pembangunan wanita dan keluarga. Ini telah memberi manfaat kepada 448,273 orang peserta. Untuk membantu NGO termasuk bagi badan kebajikan warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya serta persatuan sukan dan belia meneruskan program/aktiviti mereka, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 138 juta ringgit dalam tahun 2006.

Pada tahun 2005, bagi membantu ibu bapa berpendapatan rendah mendapat khidmat penjagaan anak secara lebih teratur dan berkualiti, Kerajaan bersetuju supaya sepuluh buah TASKA Komuniti perintis ditubuhkan di bawah kawal selia Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). TASKA ini berasaskan prinsip perkongsian bijak Kerajaan-NGO di mana pihak NGO dan komuniti akan mengendalikan TASKA dengan bantuan dana Kerajaan.

Bagi membantu warga emas, golongan kurang upaya, golongan miskin dan daif, serta mangsa-mangsa bencana di peringkat akar umbi, Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MKPM) telah ditubuhkan di setiap negeri dan kawasan parlimen. Majlis ini telah yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Oktober 2005.

Program Inisiatif Kewangan Wanita (I-Kew) ini telah dilancarkan oleh KPWKM pada 25 Ogos 2005 semasa Sambutan Hari Wanita. Di bawah program ini, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan JKM berkerjasama dengan enam buah syarikat untuk melaksanakan Program I-Kew. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kapasiti golongan wanita ke arah pembinaan dan pembangunan diri. Kumpulan sasar program ini adalah golongan wanita terutamanya ibu tunggal dan siswazah wanita yang menganggur.

Bagi memperkasakan orang awam terutama wanita mengenai kesihatan serta kepentingan pengesanan awal penyakit, Klinik Nur Sejahtera telah menyediakan Call Centre yang dinamakan Healthline Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Ia telah dilancarkan oleh Y.B. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 25 Julai 2005. Maklumat kesihatan yang dipilih adalah berdasarkan penyakit-penyakit yang kerap berlaku di Malaysia supaya pencegahan dan rawatan awal boleh dilakukan.

DASAR SOSIAL

Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.

Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

ISLAM HADHARI

Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.

DASAR AUTOMOTIF NEGARA

Rangka Dasar Automotif Nasional menggariskan objektif dan langkah-langkah bagi sektor automotif, dengan tujuan untuk memberikan garis panduan am serta arah hala tuju pembangunan masa hadapan sektor ini kepada semua pihak yang terlibat.

Adalah menjadi matlamat Kerajaan agar Dasar Automotif Nasional tersebut akan menjadi penentu dan panduan yang optimal namun fleksibel, yang akan menjajarkan semula segala objektif dan langkah, demi masa depan sektor automotif khasnya dan ekonomi Malaysia amnya.

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Dengan peningkatan persaingan di pasaran global, ekonomi akan terus diperkukuh dengan meningkatkan daya saing dan menerokai sumber pertumbuhan baru. Peningkatan daya saing ini memerlukan modal insan bertaraf dunia yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran, serba boleh dan kreatif serta memiliki etika kerja positif dan nilai kerohanian.

Bagi tujuan ini, penambahbaikan secara komprehensif sistem penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat akan dilaksanakan. Program pembelajaran sepanjang hayat diperluaskan bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada individu untuk meningkatkan dan menambah baik kualiti diri melalui pemerolehan pengetahuan dan kemahiran secara berterusan.

Pencapaian Pembangunan Fizikal Malaysia

JAMBATAN PULAU PINANG

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Prai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.

MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di bandaraya Shah Alam, yang boleh memuatkan 24,000 pada satu-satu masa, adalah yang masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini juga mempunyai menara tertinggi dan kubah rumah ibadat yang terbesar di dunia. Kubahnya mempunyai ketinggian 106.7m pada puncaknya dan bergarispusat sepanjang 51.8m. Masjid ini siap dibina pada 11 Mac 1988.

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu (Malayan Railway Administration), ia kini dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Bhd atau KTMB) kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. KTM menawarkan 2 jenis perkhidmatan, KTM Antarabandar dan KTM Komuter.

LEBUHRAYA UTARA SELATAN (PLUS)

Lebuh Raya Utara-Selatan adalah projek lebuh raya kebangsaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia merentasi sembilan buah negeri menghubungkan bandar-bandar utama di bahagian barat Semenanjung Malaysia menjadikan ia lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer.

Lebuh raya Utara-Selatan adalah pemangkin kepada nadi pembangunan dan tulang belakang bagi rangkaian pengangkutan di barat Semenanjung Malaysia. Ia dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad.

MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur setinggi 421m adalah menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia. Dibuka pada 1996, menara ini menampilkan rekabentuk bercirikan seni tradisi Malaysia dan Islam. Menara ini direkabentuk oleh Kumpulan Senireka Sdn Bhd dan dibina oleh firma Wayss & Freytag dari Jerman.

MENARA BERKEMBAR PETRONAS

Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan yang tertinggi di dunia iaitu mecapai ketinggian 451.9m (1483 kaki). Menara berkembar ini disambungkan pada tingkat 41 dan 41 dengan menggunakan satu jejantas yang berukuran sepanjang 58.4 meter. Menara ini yang telah direkabentuk oleh Cesar Pelli and Associates telah menelan belanja sebanyak US$1.2bn. Menara ini telah dibina untuk dijadikan ibupejabat korporat PETRONAS dan juga sebahagian daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Menara 88 tingkat ini direkabentuk dengan prinsip geometrik yang mengutamakan ciri-ciri senibina Islam. Simbol geometrik yang digunakan adalah merangkumi semua prinsip Islam iaitu stabiliti, keharmonian, perpaduan dan rasional.

KERETA KABEL GENTING SKYWAY

Perkhidmatan kereta kabel Genting Skyway di Genting Highlands, Pahang adalah sistem kereta kabel terpanjang di Malaysia dan di Asia Tenggara. Sistem ini merentangi jarak sepanjang 3.38km dari stesennya di kaki bukit hingga ke hotel peranginan yang terletak 2,000m dari aras laut. Sistem ini juga merupakan sistem kereta berkabel tunggal yang terpantas di dunia – setiap gondola yang boleh membawa 6 penumpang itu boleh bergerak pada kelajuan maksimum 6m sesaat atau 21.6km sejam.

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terletak di daerah Sepang, Selangor, 50 kilometer dari Kuala Lumpur adalah lapangan terbang terbesar dan tersibuk di Malaysia. Dibuka pada tahun 1998, ia juga merupakan hab utama bagi Penerbangan Malaysia dan AirAsia. Cogan katanya lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" . Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.

WETLAND, PUTRAJAYA

Wetland Putrajaya yang terletak di pinggir pusat pentadbiran baru Malaysia adalah taman paya air tawar buatan yang terbesar di kawasan tropika. Di samping berperanan sebagai pusat pendidikan, riadah dan eko-pelancongan, taman ini berfungsi sebagai sistem kawalan banjir dan penampung sistem penapisan air semulajadi bagi keseluruhan 600 hektar Tasik Putrajaya. Lebih dari 70 spesies tanaman paya dan 24 spesies ikan air tawar telah dibiakkan di taman ini.

SISTEM TRANSIT REL RINGAN PUTRA

Sistem transit rel ringan PUTRA yang menghubungkan kawasan-kawasan sub-bandar di sebelah timur dan barat Kuala Lumpur merupakan sebahagian dari sistem pengangkutan moden di bandar raya itu. Sistem yang meliputi laluan sejauh 29km ini adalah sistem kereta api ringan automatik tanpa pemandu terpanjang di dunia pada tahun pertama operasinya, sehingga perkhidmatan kereta api ringan di Lille, France dipanjangkan kepada 32km pada tahun 2000.

KOMPLEKS SUKAN NEGARA

Kompleks Sukan Negara Malaysia yang indah dan mengkagumkan dibina khusus sebagai pentas utama untuk Sukan Komanwel 1998 . Komplek sukan ini menjadi nadi utama bagi hasrat kesukanan Malaysia pada kurun ke-21. Kompleks Sukan Negara ini boleh menganjurkan aktiviti sukan yang pelbagai jenis dan juga acara utama yang berorientasikan perniagaan dan hiburan.

Kawasan utama Kompleks Sukan Negara terdiri dari tiga bangunan sukan asas. Ini termasuk Stadium Nasional yang mempunyai 100,000 tempat duduk. Pusat Akuatik Nasional dan Stadium Putra. Setiap bangunan telah direkabentuk dan dibina mengikut taraf yang diperakui bertaraf antarabangsa.

LALUAN KEDUA MALAYSIA-SINGAPURA

Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), ialah sebuah rangkaian jambatan lebuh raya yang menghubungkan Johor, Malaysia dengan Singapura. Lebuh raya sepanjang 44 kilometer itu menghubungkan bandar Senai di utara hingga ke sempadan Malaysia-Singapura iaitu di Tuas. Ia dibina untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.

Laluan Kedua ini telah dibuka secara rasminya pada 18 April 1998.

ISTANA BUDAYA

Sejarah Istana Budaya bermula pada tahun 1964 dan proses penubuhannya dimulakan pada tahun 1971 oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Pada tahun 1994 pula, perancangan pembinaan bangunan Panggung Negara(sebelum dikenali sebagai Istana Budaya) bermula.Proses pembinaannya dimulakan pada tahun 1995 dan tiga tahun kemudian, iaitu pada tahun 1998, Panggung Negara berpindah ke premis barunya yang terletak di Jalan Tun Razak. Pada bulan Mei 1999 menyaksikan logo Istana Budaya dilancarkan dan pada 15 September 1999, Istana Budaya yang dahulunya dikenali sebagai Panggung Negara telah dibuka secara rasminya oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed.

PUTRAJAYA

Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan. Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT).

Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.

MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

Masjid Wilayah Persekutuan ini terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur, dibina di atas kawasan seluas 13.4 hektar (33 ekar). Keluasan masjid adalah kira-kira 47,000 meter persegi.

Masjid empat tingkat ini mampu menampung jemaah sebanyak 17,000 jemaah dalam satu masa. Masjid yang unik dan pelbagai fungsi ini, direkabentuk sebagai pusat keagamaan, pendidikan dan aktiviti-aktiviti sosial selain sebagai rumah ibadat bagi umat Islam.

KLIA EKSPRES

KLIA Ekspres adalah perkhidmatan kereta api laju ekspres tanpa henti yang menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Ia dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya Express Rail Link Sdn Bhd.

Perkhidmatan KLIA Ekspres beroperasi secara rasmi pada 14 April 2002 menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL tanpa henti. Tempoh perjalanannya cepat dan singkat menjadikan ia pengangkutan awam pilihan penumpang dari dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

KL MONORAIL

KL Monorail adalah perkhidmatan monorel dalam bandar yang menghubungkan bahagian utara dan pusat bandar Kuala Lumpur. Ia merentasi pusat perdagangan dan perniagaan utama, jajaran membeli-belah dan rangkaian hotel di Kuala Lumpur sebelum menamatkan perkhidmatannya di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Ia dikendalikan KL Monorail Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik KL Infrastructure Group Bhd.

PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA

Malaysia mempunyai pusat konvensyen yang bertaraf dunia seperti Kuala Lumpur Convention Centre dan Putrajaya Convention Centre(PCC). Pusat-pusat konvensyen ini telah banyak menghoskan tetamu penting termasuk Ketua-ketua Negara Luar dan Ketua-ketua Kerajaan.

Pada tahun 2006, Putrajaya Convention Centre telah menjadi pusat persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Kuala Lumpur Convention Centre bakal menghoskan World Congress on Information Technology(WCIT) pada tahun 2008 nanti.

LEBUHRAYA PANTAI TIMUR

Lebuh raya Pantai Timur (LPT) merupakan lebuh raya 4 lorong dua hala yang menghubungkan Karak di Negeri Pahang dan seterusnya ke Chendering di Negeri Terengganu melalui Kuantan. Lebuh raya Pantai Timur sepanjang 338 km akan menjadi penghubung darat dari kawasan Lembah Koridor Pantai
Barat ke koridor Pantai Timur.

Pembinaan lebuh raya ini terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2. Lebuh raya Pantai Timur Fasa 1 sepanjang 169 km bermula dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang ada sekarang melalui Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor, Maran, Kuantan dan berakhir di sempadan Pahang - Terengganu iaitu Jabur telah dibuka pada 1 Ogos 2004. Manakala Fasa 2 yang bermula dari Jabur, Bukit Besi, Ajil sehingga Chendering di Terengganu sedang dilaksanakan.

TEROWONG LALUAN SMART

Terowong SMART, terowong dwifungsi pertama di dunia yang mempunyai Terowong Jalan dan Terowong Pengurusan Banjir. Terowong SMART ini adalah merupakan kejayaan kejuteraan yang mengagumkan, di mana ia menggabungkan dua tingkat bagi Terowong Jalan di atas Terowong Laluan Air yang mana kesemuanya ini dibina di bawah jalan raya yang sibuk, dengan geologi yang tidak dapat diduga dan berhampiran bangunan-bangunan pencakar langit.Terowong Laluan SMART akan menyediakan laluan alternatif ke Bandaraya KL kepada 200,000 pengguna yang menggunakan Jalan Sungai Besi yang selalu sesak. Projek SMART bernilai RM1.9bilion ini adalah usahasama oleh MMC-Gamuda JV untuk Kerajaan Malaysia.

GERBANG SELATAN BERSEPADU

Gerbang Selatan Bersepadu merupakan projek nasional yang dilaksanakan
oleh kerajaan dan dikendalikan oleh JKR Malaysia. Projek tersebut terletak di Bukit Chagar, Johor Bahru dan di kawasan seluas 43 hektar. Projek ini melibatkan pemindahan Kompleks Pemeriksaan Kastam, dan Kuarantin (CIQ) ke kompleks baru, penggantian tambak dengan jambatan jalanraya dan jambatan keretapi serta pembinaan infrastruktur yang berkaitan pada kadar 'fast track'.

Projek bernilai RM2.5 bilion ini dijangka akan menjadi sebuah mercu tanda pintu masuk antarabangsa, penyelesaian masalah kesesakkan lalulintas di Johor Bahru dan membawa pelbagai manfaat kepada negara.

KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR

Kompleks ini merupakan kompleks mahkamah terbesar di dunia yang baru
dibina di Jalan Duta, Kuala Lumpur yang akan menempatkan mahkamah
jenayah, mahkamah sivil, mahkamah perdagangan dan Mahkamah Rayuan dan
Bahagian Kuasa-kuasa Khas.

Kompleks bernilai RM300 juta itu mengandungi 77 mahkamah dengan 30
Mahkamah Tinggi, 21 Mahkamah Sesyen dan 26 mahkamah Majistret di kawasan seluas 12 hektar. Empat dari Mahkamah Tinggi itu dikhususkan sebagai mahkamah keluarga bukan Islam.

Kompleks itu mempunyai fasiliti termoden seperti kemudahan bagi saksi
memberi keterangan tanpa perlu berhadapan dengan tertuduh, dan bagi
tujuan keselamatan maksimum, CCTV akan dipasang di sepanjang kaki lima
mahkamah.

Terdapat juga sebuah pusat bisnes dan pusat rehat dan rekreasi bagi
kakitangan mahkamah serta mini park dengan fasiliti untuk kanak-kanak
dan dewasa.

Pencapaian Pelancongan Malaysia

PULAU PINANG

Lebih dikenali sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient), Pulau Pinang merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan dari seluruh Malaysia dan Singapura. Makanan Pulau Pinang yang istimewa membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, dan pengaruh makanan Thailand.

Bangunan-bangunan kolonial British, Kuil Kek Lok Si di Air Itam, Rumah Besar Cheong Fatt Tze di bandar, dan Kuil Ular di Bayan Lepas merupakan antara destinasi pelancongan yang masyhur. Salah satu daripada mercu tanda yang utama ialah bangunan KOMTAR, bangunan yang tertinggi di Pulau Pinang.

MELAKA

Sebagai pusat pelancongan yang paling digemari, keunikan Melaka tidak dapat ditandingi. Melaka telah mengambil slogan “Melawat Melaka Bererti Malaysia”. Pelawat akan mengingati Melaka bukan kerana tempat menariknya tetapi rakyat yang peramah.

Melaka juga terkenal untuk makanan, terutamanya gaya masakan Baba dan Nyonya yang terdirinya daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah.

PULAU LANGKAWI

Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semulajadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Terdapat 104 pulau dalam gugusan pulau Langkawi, satu pembentukan dari hanyutan benua yang membentuk Asia Tenggara. Titik tertinggi di Langkawi ialah puncak Gunung Raya yang mempunyai ketinggian 890m di atas aras laut.

PULAU TIOMAN

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia, di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam .

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam (scuba). Pulau Tioman diberkati dengan keindahan semulajadi terumbu karang dan berbagai ikan.

PULAU REDANG

Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.

Pulau Redang boleh ditiba melalui Merang atau Kuala Trengganu dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika.

SARAWAK RAIN FOREST WORLD MUSIC FESTIVAL

Didalam keindahan mistikal Borneo terdapat sebuah muzium yang dikenali sebagai Perkampungan Kebudayaan Sarawak dimana pemuzik dari seluruh pelusuk dunia berkumpul untuk meraikan musik berunsur alamsemulajadi, budaya dan kaum.

Terdapat seminar ethno-muzik, sessi persembahan, bengkel latihan dan lain-lain lagi aktiviti yang menjadikan festival ini sungguh menarik. Tahun 2007 menjanjikan keraian yang terbaik apabila peminat-peminat musik berkumpul dan bersama-sama memeriahkan festival yang akan berlangsung untuk kali yang kesepuluhnya tahun ini.

LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME AND AEROSPACE EXHIBITION

LIMA adalah pameran bertaraf antarabangsa yang mempamerkan teknologi dan produk terkini berkaitan dengan industra aero-angkasa. Pada tahun 2007, LIMA akan diadakan di Pulau Langkawi, Malaysia bertempat di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) berhampiran dengan Langkawi International Airport. LIMA adalah cetusan idea bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad, telah membuktikan siri pameran yang telah berlangsung sebelum ini menjadi platform kepada perusaha aero-angkasa dan industri berkaitan untuk bersama-sama mempamerkan hasil produk terkini.

GENTING HIGHLANDS

Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24'6.51?U, 101°46'2.62?T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. Merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor, perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di Asia Tenggara.

Pencapaian Kesihatan Malaysia

PUSAT DARAH NEGARA

Pembinaan Pusat Darah Negara telah menandakan satu era perubahan atau penstrukturan semula keseluruhan organisasi perkhidmatan transfusi darah negara. Sebagai sebuah agensi pusat perkhidmatan transfusi darah di peringkat national, Pusat Darah Negara bertanggungjawab merancang dan memperkembangkan perkhidmatan transfusi darah dan aktiviti-aktiviti pendermaan darah seluruh tabung darah dalam negara.

INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN (IMR)

IMR berfungsi sebagai pusat penyelidikan yang menyediakan perkhidmatan diagnostik selain membekalkan kemahiran dan perkhidmatan konsultasi mengenai masalah kesihatan serta penyakit berjangkit. IMR juga bertindak sebagai Pusat Serantau SEAMEO-TROPMED bagi Mikrobiologi, Parasitologi dan Entornologi, Pusat Serantau Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Penyelidikan dan Latihan dalam Penyakit-Penyakit Tropika. IMR juga telah menjadi Makmal Rujukan Kebangsaan bagi pelbagai jenis penyakit berjangkit seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan selsema burung. Selain itu, IMR menjalankan ujian diagnostik lain seperti ujian bagi demam denggi berdarah, penyakit tangan, mulut dan kaki (HFMD) dan lain-lain.

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

Malaysia memainkan peranan yang lebih besar dan aktif dalam aktitiviti berkaitan keselamatan di peringkat antarabangsa dan kawasan sekitarnya. Pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan penduduk Malaysia makan secara sihat, sama ada makanan domestik ataupun makanan import. Malaysia telah memperketatkan sistem kawalan import di pintu-pintu masuk utama negara dengan melancarkan satu sistem rangkaian berkomputer yang dikenali sebagai FOSIM. Sistem ini telah diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Kastam.

BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) ditubuhkan pada Oktober 1978 di bawah kawalan kualiti aktiviti Program Farmasi dan Bekalan yang bertujuan untuk melaksanakan kawalan kualiti ke atas barangan farmaseutikal. Selain itu, infrastruktur dan fasiliti direka untuk memenuhi permintaan untuk membuat pengujian dan kawalan kualiti. Salah satu kegiatan utama BPFK adalah untuk melaksanakan skim pendaftaran dadah dan komestik melalui proses perubahan data teknikal, ujian makmal, kajian dan maklumat dari badan-badan antarabangsa.

PORTAL MyHEALTH

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan Portal MyHEALTH untuk memastikan orang awam dapat mencari maklumat dan meningkatkan taraf kesihatan.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia adalah bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan asas untuk rakyat bagi mewujudkan kehidupan yang sihat dan bersih. Misinya ialah menjadikan Malaysia sebuah negara terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tangjungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.

INSTITUT JANTUNG NEGARA

Institut Jantung Negara(IJN) ditubuhkan pada tahun 1992 dan berperanan untuk membantu pesakit jantung dengan menyediakan perkhidmatan pembedahan kardiology dan kardiotorasik. Sebagai pusat rujukan utama untuk penyakit kardiovaskular, IJN menerima kes-kes berkaitan daripada klinik-klinik seluruh negara. IJN juga menawarkan rawatan dan pengurusan menyeluruh bagi penyakit jantung dengan menggunakan teknologi yang terkini.


Pencapaian Ekonomi Malaysia

PELABURAN ASING DAN DOMESTIK

Pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan telah membawa kesan positif ke atas jumlah pelaburan asing dan tempatan. Pada tahun 2006 jumlah pelaburan asing dan tempatan telah mencecah RM 40 billion iaitu penambahan sebanyak kira-kira 60% berbanding tahun 2001.

Peningkatan yang mendadak ini melambangkan kestabilan dan perkembangan ekonomi yang berjaya menarik keyakinan pelabur asing dan tempatan. Keyakinan ini adalah atas dasar pemulihan ekonomi yang tepat oleh kerajaan Malaysia setelah krisis ekonomi pada tahun 1997.

KELUARAN DALAM NEGARA KASAR

Selepas mencatatkan pertumbuhan 5.9 peratus tahun lepas, ekonomi Malaysia diunjur terus berkembang dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar dijangka mencatatkan pertumbuhan enam peratus tahun ini disokong oleh pertumbuhan global yang mampan dan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan.

Unjuran kenaikan satu peratus KDNK itu sejajar dengan pengembangan dalam kapasiti produktif berikutan pengukuhan pemulihan pembentukan modal.

PENDAPATAN PURATA PER KAPITA

Kualiti hidup semua rakyat Malaysia dijangka terus meningkat dalam dekad akan datang, demikian menurut laporan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3). Perdapatan per kapita benar akan bertambah melebihi lima peratus setahun berikutan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Disebabkan kadar kemiskinan berada di tahap rendah, kerajaan akan menumpukan perhatian kepada meningkatkan pendapatan isi rumah terutama bagi kumpulan 30 peratus terendah.

RANCANGAN MALAYSIA (1-9)

Rancangan Malaysia merupakan tempoh pelaksanaan program/projek pembangunan Kerajaan Malaysia yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa lima tahun. Rancangan lima tahun ini adalah kesan peninggalan daripada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama iaitu dari tahun 1956 hingga 1960 dan diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini dikenali sebagai Rancangan Malaysia di mana Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan untuk pembangunan di bawah Rancangan Malaysia meliputi negeri-negeri Sabah dan Sarawak selain dari negeri-negeri Semenanjung Malayisa sebagaimana sebelumnya.

Rancangan Malaya Pertama: 1956 – 1960

Matlamat Rancangan Malaysia Pertama ialah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan pendapatan per kapita dan taraf hidup rakyat. Penekanan lebih diberikan kepada masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah seperti menyedia dan memperbaiki kemudahan asas di kawasan luar bandar di samping mempelbagaikan keluaran pertanian.

Selaras dengan ini kerajaan telah merangka rancangan Buku Merah (RED Book) iaitu singkatan daripada Rural Economic Development. Buku Merah bertujuan mengumpul dan menyelenggarakan maklumat untuk perancangan projek-projek pembangunan infrastruktur dan sosial di daerah dan diletakkan dalam Bilik Gerakan di setiap daerah. Buku Merah juga digunakan untuk memantau pelaksanaan program/projek dan kemajuan pelaksanaan projek dikemaskinikan secara manual.

Rancangan Malaya Kedua: 1961 – 1965

Matlamat Rancangan Malaya Kedua ialah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup rakyat menerusi kepelbagaian ekonomi dan pembangunan produk selain getah

Rancangan Malaysia Pertama: 1966 – 1970

Rancangan Malaysia Pertama merupakan rancangan pembangunan yang meliputi negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk memupuk integrasi di kalangan penduduk semua negeri di Malaysia serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.

Rancangan Malaysia Kedua: 1971 – 1975 Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan semasa pembentangan usul meluluskan Rancangan Malaysia Kedua pada 12 Julai 1971. DEB adalah satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan jangka panjang negara untuk tempoh 1971 hingga 1990. Dasar ini memberi keutamaan kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan pengagihan yang lebih saksama (growth with equity). DEB menggariskan dasar dan strategi untuk mempercepatkan lagi proses pembangunan sosio-ekonomi dan penyusunan semula struktur ekonomi Malaysia.

Berdasarkan model Bilik Gerakan, Kerajaan melalui Arahan No. 1,1971 Majlis Tindakan Negara telah menubuhkan Majlis Tindakan Negara dan jentera-jentera penyelarasan pelaksanaan di peringkat negeri dan daerah sebagai mekanisma bagi mengawasi pelaksanaan DEB.

Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 – 1980

Selepas pelancaran DEB, kerajaan telah merangka pelbagai program dan projek yang lebih besar dan melibatkan peruntukan yang lebih banyak. Jumlah peruntukan dan bilangan projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga telah meningkat dua kali ganda dari Rancangan Malaysia Kedua.

Bentuk projek yang diluluskan adalah semakin kompleks serta melibatkan berbagai agensi pelaksana. Bagi menguruskan maklumat yang lebih rumit ini, Sistem Pengesanan Projek (SPP) menggunakan teknologi komputer diperkenalkan dan Pusat Komputer Negara ditubuhkan dalam tahun 1978.

Rancangan Malaysia Keempat: 1981 - 1985

Inflasi pada awal 1980-an telah menjejaskan perkembangan ekonomi keseluruhannya. Peranan sektor swasta diberi penekanan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Rancangan Malaysia Kelima: 1986 - 1990

Kerajaan mengamalkan strategi pembangunan yang stabil. Sektor swasta
memangkin pembangunan ekonomi, terutamanya dalam pembangunan sektor industri berat dan industri berasaskan sumber.

Sistem pemantauan projek pembangunan diperkemaskan lagi dan sistem SETIA dibangunkan menggantikan sistem SPP. SETIA merupakan satu sistem bersepadu yang mengintegrasikan maklumat agensi-agensi pusat mengenai peruntukan, perbelanjaan, pembayaran dan prestasi pelaksanaan projek.

Rancangan Malaysia Keenam: 1991 - 1995

Setelah berakhirnya tempoh DEB, Kerajaan melancarkan Dasar Pembangunan Nasional serentak dengan Rancangan Malaysia Keenam. Arahan No. 1, 1971 Majlis Tindakan Negara dipinda bagi menyesuaikan kerangka jentera penyelarasan dengan senario pembangunan tahun 1990an. Arahan ini digantikan dengan Arahan No. 1, 1991 Dasar Pembangunan Nasional.

Fokus Rancangan Malaysia Keenam ialah penekanan kepada strategi makro-ekonomi untuk mengukuhkan kapasiti pengeluaran dan daya saing di peringkat antarabangsa. Bagi memantapkan pemantauan pelaksanaana projek, sistem SIAP dibangunkan pada tahun 1995 bagi melengkapkan sistem SETIA untuk memantau kemajuan pelaksanaan fizikal projek secara lebih berkesan.

Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 – 2000

Teras utama Rancangan adalah perubahan daripada pembangunan berasaskan input kepada pembangunan berasaskan produktiviti bagi meningkatkan pengeluaran, struktur transformasi yang lebih padu dan pembangunan yang seimbang. Selaras dengan ini, Arahan No. 1, 1991 dipinda dan digantikan dengan Arahan No. 1, 1996 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional.

Di bawah Arahan ini, jentera penyelarasan pelaksanaan di peringkat kementerian dikenali sebagai Jawatankuasa Pembangunan Peringkat Kementerian diwujudkan. Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pemantauan projek, sistem SETIA dan SIAP diintegrasikan dan dikenali sebagai Sistem Maklumat Bersepadu SETIA dan SIAP atau ringkasnya SMBSS. Sistem ini menggabungkan maklumat kewangan dan fizikal projek-projek yang dilaksanakan.

Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 - 2005

Pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga bermula dengan Rancangan Malaysia Kelapan dengan memberi penekanan kepada pembangunan negara maju dan berkualiti menjelang tahun 2020. Tiga teras utama Rancangan Malaysia Kelapan adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi berasaskan input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan bagi meningkatkan potensi pertumbuhan keluaran, mempercepatkan perubahan struktur sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan serta memperkukuhkan kestabilan sosio-ekonomi menerusi pengagihan pendapatan dan kekayaan negara secara saksama.

Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah melancarkan Dasar Wawasan Nasional. Selaras dengan ini, Arahan No. 1,1996 dipinda dalam tahun 2001 dimana peranan jentera-jentera penyelarasan pelaksanaan diperkemaskan ke arah mencapai matlamat dasar kerajaan. Di bawah Arahan No. 1, 2001 Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Wawasan Negara, Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) digunakan sebagai alat untuk memantau pelaksanaan projek oleh semua kementerian.

Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 - 2010

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Misi Nasional telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006. Misi Nasional dilaksanakan sebagai rangka dasar pembangunan yang terdiri daripada lima teras utama bagi mencapai matlamat Wawasan 2020.

RMK-9 pula merangkumi strategi, program dan peruntukan yang diperlukan bagi tujuan merealisasikan Misi Nasional dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dari aspek ekonomi, pembangunan sosial yang seimbang, warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. RMK-9 adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020.

EKSPORT

Eksport Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang dijangka menggalakkan dengan eksport kasar berkembang pada kadar 8.5 peratus setahun. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, jumlah dagangan dijangka melepasi satu trilion ringgit buat pertama kalinya.